Sunday, 11 September 2011

a lesson

Alhamdulillah setelah lama mencari jawapan
hari ini saya mendapat klu kepada pembelajaran ini.sungguh,,,Allah maha mendengar

ada satu masa saya rasakan ada bayangan air di padang pasir yang luas.maka saya percepatkan langkah akibat terlalu dahaga.puas saya berlari namun tidak ketemupun air yang dicari.namun saya tetap dapat melihat air itu di suatu kawasan yang sepertinya tidak terjangkau dek larian saya.
tangisan demi tangisan saya hamburkan dan tidak terkira peluh yang dikeluarkan  namun tetap belum saya jumpa

hinggalah ke suatu hari..Allah palingkan wajah saya ke satu sudut yang baru.bagaimana? bayangan air yang saya lihat itu sendiri yang memberi tahu saya.rupa-rupanya air itu tidak jauh dan telah saya lalui sejak dahulu.dan yang ini benar mmg air.

hilang terus penat berlari.

walaupun saya akui air yang benar2 ini kurang kelazatannya berbanding bayangan air itu namun cukup menenangkan jiwa saya buat ketika ini.


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas didikan ini.aku mohon kekuatan agar kembali sedar fungsi dan tanggung jawabku.sesunggunya jalan itu masih jauh dan terlalu jauh. untuk dikejar belum mampu.

buat air yang berkata-kata, terima kasih atas nasihat dan pandangan sehingga membuka kepada pandangan baru buat saya yang telah lama berjalan. semoga akan sentiasa ada air di mana2 lorong yang saya sesat dalam kegelapan mahupun terang.

mengapa air?
kerana kuharapkan kehadiran sepertinya tidak putus2 dan sentiasa ada. di masa kering, itulah berita baik dari Allah..

dan benar, itu berita gembira buatku..

anda faham?..kalau tidak..tak mengapa dan tidak menjadi kesalahan sedikit pun.mmg ini ditulis buat tatapan pemahaman saya sendiri. dan mungkin sekiranya air itu membaca dia akan turut memahami.


1 comment:

  1. masya Allah.moga air itu pula dapat digunakan menyubur sekalian alam.penyejuk hati, sebagai universal solvent kpd masalah ummat

    ReplyDelete