Assalamualaikum dan salam sejahtera adik2 dan abang2 (ops..saya ade satu abang je )
hari ni ape saya nak merepek ye. takdelah, tadi masa nak ke surau.
(acecece...bajet baiklah nie.bukan bajet,,tapi itu yang mesti kita buat!)
berbalik kepada cerita,,sewaktu saya nak membuka selipar, saya ternampak selipar yang tidak bersusun dihadapan surau. oleh sebab sewaktu masih belum ramai berpusu2 ke surau, maka agak senang kerja2untuk menyusun dijalankan.
tengah susun..dialog ni keluar
"yang mula-mula datang kene susun seliper, barulah yang kemuadian akan ikut"
dan alhamdulillah, sejurus selepas maghrib, saya kembali ke pintu..dan..dan..dan..
mmg selipar lebih tersusun dengan lebih kemas dari kebiasaan (dengan kapasiti jemaah dalam 15 orang kowt..bayangkan 30 selipar!)
apa yang cuba saya nak sampaikan sekarang ialah, perlunya seorang pemula yang kembali membetulkan apa yang semakin parah dan tak betul dalam masyarakat. saya sedar, kerjanya bukan semudah menyusun selipar namun saya yakin dengan keazaman san semangat yang kuat,,,kita mampu bawa perubahan!
kita perlu membina dan meluaskan pradigm kita supaya kita mampu memahami cara gerak pikir masyarakat. Kita perlu memahami apa keperluan masyarakat dan masuk mengikut kemahuan mereka.
sahabatku,
contohilah kepemimpinan rasulullah
sungguh, apa yang dibawanya adalah sangat ganjil dan luar kebiasaan masyarakat jahiliyyah pada ketika itu
namun percayalah, fitrah manusia sudah lama menagihkan kedamaian dan cinta HAKIKI
siapa lagi yang ingin membantu
kalau bukan kita?
"dan paling kurang, tunjukkanlah pada akhlakmu.kamu cerminan Islam"
bukan semua mampu menyambung kerja2 Rasulullah, namun kita mampu pamerkan akhlak yang terbaik bukan?
sahabatku,
aku juga sama sepertimu
melayang bak burung berterbangan
mengharap ada sebuah dahan tempat berteduh
namun semuanya rapuh
kerap kali aku terjatuh ke bumi,
namun banyak tangan yang menyambut
terima kasih untuk itu,
namun sampai bilakah kita hanya mahu menjadi penarik?
tidak mahukah kita bina dahan yang kukuh?
kelak banyak burung bisa berdiri disitu
~**
No comments:
Post a Comment