sahabatku ,
setiap hari kita tidak pernah lari dari kesalahan.
bagaimana mampu kita lari dari hakikat kita sebagai manusia yang azalinya sering mudah lupa.
namun hakikat itu juga bukan menunjukkan kita lemah.sebaliknya disitu terselit hikmah.
sebaik2 manusia adalah yang belajar dari kesilapan lalu.
kesilapan bukan untuk ditangisi tetapi ruang dan peluang.
sepertimana apa yang berlaku kepada Saidina Umar,
kesilapan zaman jahiliyyah membuatkan beliau sangat rajin bermuhasabah dan banyak menangis
bagus bukan?
adakah anda kira kita akan sentiasa meningkat iman tanpa sebarang kesalahan?
hatta merasakan diri suci dari dosa itu sudah berdosa
sahabatku,
tidak ada yang salahnya dengan takdir
masakan bertemu dengan ku jua salah takdir?
inilah sebaik tempat yang telah Allah suratkan buat kita.terbaik dan paling tepat
aku sedar, tempat ini tidak sebagus dan senyaman taman yang pernah kita sama2 huni.
namun inilah realiti.
kelak ini yang juga bakal kau hadapi setiap hari
ummat kita masih tenat
untuk duduk dan berteleku tidak mungkin sahabatku...tidak mungkin sama sekali
insyaAllah, kami akan sentiasa berada disini untuk menyokong bahumu
saat dirimu rasa seperti mahu tumbang, panjang tangan kami memegangmu
itulah fungsi sahabat solehah bukan?
No comments:
Post a Comment