Saturday, 3 September 2011

kisah sebuah taman mati

~she was there~

ada sebuah taman yang dahulunya penuh dengan bidadari dan bunga-bunga yang mekar mewangi. dan disana tinggal seorang kanak2 perempuan. berbaju putih sentiasa. bermain dengan riang setiap hari. disana juga wujud sebuah pintu rahmat. besarnya tidak terkira. dari sana terlihat cinta sang Pencinta yang sentiasa mekar buat kanak-kanak tersebuat. kehidupannya bahagia bak puteri pemilik istana kayangan.

saban hari, dia makin terlupa akan bukaan pintu tersebut.bukanya tidak selamanya. kerana terlalu leka mendengar cerita dunia sebelah. taman rekaan yang terlalu menakjubkan. dan setiap hari pintu makin tertutup dan bunga makin melayu. bidadari makin hilang dari pandangan. namun mimpi yang indah membuatkan kanak-kanak itu lupa apa yang pernah dia ada.baju putih mula berkelabu

sehinggalah pada satu masa..semuanya mati. pintu tertutup terus. barulah dia sedar dan menangis semahunya.buka sahaja mata..maka padamlah mimpi dahulu. hilang segala kesenangan dan kemanisan. aduh,,

bilakah pintu akan kembali dibuka. aku mengis dikaki pintu setiap hari.dengan harapan taman mampu hidup seperti dahulu dan pintu kecintaan ku terbuka semula..bisakah?

 
~she's still there~

No comments:

Post a Comment