tanyakan hatimu, pada siapa ia berteduh.
tanyakan hatimu, pada apa ia kukuh
tanyakan hatimu
diam. senyap.sunyi
dia punya jawapan. telah terllu lama rasanya. sakit.penat. berteduh bukan pada tempatnya, maka kau lihat pelbagai lubang kecewa. ditampal dengan pengharapan, sekali lgi ia punah. mungkin sekali, atau kedua kalinya mampu buat kita rasa bahagia. namun sampai bila?
berteduhlah pada yang kekal. pada sumber rasa kasih. pada yang menjadikan. pada yang memberi tanpa meminta. pada yang menghargai. pada yang setia menunggu. pada yang tidak jemu melihat dan mendengar. setiap keluhamu.
bukan mudah. aku tahu. namun,,,sampai bila kayuhan kakimu mampu menwmbawamu kepada yang tidak kekal. sampai bila kudrat tubuhmu mampu menawan cantiknya ajaib dunia. sampai bilakah umurmu milikmu?
buat diri, masa ini terlalu panjang untuk kau mengenali susur galur yang layak menerima. masa ini terlalu banyak untuk merancang syurga nerakamu.
please make me strong. do break this attachment!
No comments:
Post a Comment