Sunday, 4 December 2011

seperti apa yang anda lihat

saya tak menafikan sedikit pun hak cinta terhadap negara. hatta Rasulullah sendiri turut meminta kita mencintai negara. namun untuk apa?. itu yang penting. tak salah mencintai namun perlu sedar hakikat cinta itu sendiri. kita tidak berjuang hanya untuk negara semata-mata. kita jadikan negara sebagai metode dan wadah kepada perjuangan dan cita-cita yang lebih besar.KEGEMILANGAN ISLAM.

sekiranya itu yang mereka lihat, pasti pembentukkan individu sangat significant. namun saya lihat kurang disitu. bagaimana mampu kita bina sebuah rumah sekiranya pasak dan tiang rapuh? bolehkah?.tak mungkin. mungkin untuk sebentar namun bukan untuk terus kekal sebagaimana gahnya pemerintahan khalifah Islam terdahulu.

wahai saudara,
luaskan pandangan matamu.pandanglah dunia dengan mata akirat, maka kau akan melihat lebih dari hanya sekadar itu.

No comments:

Post a Comment