"selamat tinggal jahiliyyah,
semoga ketemu lagi kita tidak
cukuplah memori lama berkadung noda"
aku perlukan masa sendiri untuk kembali mencari diri. setalah hampir setahun membiarkan ia terbang bebas berlari. usah dikira penat. jujurnya sudah terlalu penat hati ini meronta untuk dikasihani, namun aku biarkan dia kerana aku meyakini dia. namun semakin berjalan, aku sedar jalan itu makin gelap.
..........dan hari ini ia berakhir.
memori dulu,
tolong jangan kembali. aku tidak harapkan kau pergi mencari yang lain. berdirilah sendiri.dan aku tahu kau mampu. dalam dunia yang serba bukan milik kita. kita selalu terlupa. kita cipta syurga sendiri. ya Allah kudrat apa yang aku ada sehingga aku sanggup cuba menandingi syurgamu?. buat seketika, trully,,,,i need my time. saban hari aku ketepikan Cinta nya, aku endahkan panggilannya. sehingga hati telah bersubahat dengan ku. kami berdua menjadi buta. aku dan hati. walau aku nampak celik, hakikanya semakin buta. meraba2 mencari cahaya hidayah dahulu. mungkinkah aku kembali melihat? mana sakinah dahulu?
dah berapa ramai aku kabarkan hal ini. semua juga memberi jalan buntu. tidak kurang yang menyuruhku terus berdiri disitu. Tuhan, masakan disuruh berdiri?!!..
Allah,
aku mungkin kurang bersabar.dengan jalan apa sekalipun. bawalah aku pulang sekali lagi. seperti mana kau sentuh aku dahulu. mungkin aku tidak sebersih dahulu. tapi bukankah kau maha pengampun?. tidak kira walau seteruk mana alpaku. aku jahil, aku tidak tahu aku tidak faham, method pencaturan alam mu.
Bawalah aku pulang.
No comments:
Post a Comment