komuniti mereka sewarna
dan kita tidak
mereka berselirat wayar sana sini
kita hanya tali tangsi ini
tangisan mereka mutiara
kita?
peta mereka seluas alam dengan sejuta juru pandu
kita berpetakan kertas abad 100 dulu
sudah basahpun dek air hujan melimpah
belum mampu bertukar2
itu kita
kau mintak aku berjalan ramai
sedangkan hati bergelut mahu tinggalkan
adilkah kita membuka pintu 'kita' bila pintu 'mereka' juga tersedia
apa ada pada kita untuk ku ajak mereka berjalan dengan ku
tak usah ferarri, kancil pun belum mampu
kerana kecillkah keluarga kita?
kerana paranoidkah kita?
mereka nun laju menelusuri tujahan buraq
dan kita, bergelumang dengan masalah yang bukan pun masalah
benarkah aku dijalan ini
benarkah kita merangkumi aku. perlukah aku berada dalam gambar kita?
siapa berani menjawab?
benarkah peta kita setinggi langit ke tujuh?
alam, berbicaralah dengan ku pada saat manusia terlalu leka
leka?bukan..
aku tertinggal gerabak
sunyi di kampung halaman
alam,aku sendiri. berbicaralah dengan ku
~6:00 pm/selepas tamat ujian hisab, aku menghisab tentang kita;~
No comments:
Post a Comment