Tuesday, 12 August 2014

Kota London dan manusia

"Org kata, sabar itu adalah pada ketukan yang pertama"

Well come back to that quote again..

Saya selalu bercerita bertapa saya tidak suka kota london. Dan hari ini, saya menambahkan lagi bilangan manusia yang tidak menyukai kota ini. Saya juga pernah kata, walau saya tak suka, akan sentiasa ada sesuatu baru utk dipelajari dari sebuah perjalanan. 
Maka saya menemui seseorang, yang sangat saya kagumi kesabarannya, kematangannya dan keceriaanya. Dalam apa situasi sekalipun. Beliau bukan orang baru dalam hidup saya. Malah telah 22 tahun saya berkongsi bilik dengannya. Namun perjalanan ini memberi saya peluang untuk lebih mengenali beliau.

Beliau tidak se'alim' manusia yang selalu saya cerita, namun lebih mengerahui betapa penyayangnya tuhan. Betapa hikmahnya takdir

Beliau tidak selalu excel dalam peperiksaan sekolah. Saya lebih banyak naik pentas sekolah. Saya lebih banyak tawaran belajar.
Tapi beliau orang paling pandai pujuk bila saya tidak dapat A dalam subjek2 saya. Beliau susun ayat2 hikmah kebenaran takdir tanpa perlu pun menghabiskan buku2 besar untuk menyakini pengertian itu. Sedangkan saya, berpuluh kuliah saya hadir, berjuta buku saya hadam (kononnya..) masih gagal sabar pada ketukan pertama.

Beliau tidak pernah dimanjakan dengan mana2 biasiswa, namun beliau berjaya masuk universiti lebih dulu dari saya. Bakal grad jauh lebih dulu dari saya dalam bidang yang sejak sekolah menjadi idamanyya. Dengan rezeki tuhan dan usahanya. Sangat susah untuk nampak beliau menyusahkan kedua ibu bapa saya. Beliau sentiasa urus kehidupan beliau sendiri. Pernah sekali beliau punya masalah, hanya diceritakan dengan saya tanpa sedikitpun mahu diceritakan pada kedua ibu bapa saya. Kerana tidak mahumereka risau. Saya? Sebolehnya semua mahukan pandngan. Merungut berpanjangan.

Siapa dia? Biarlah saya sahaja yang tahu. Namun cerita ini sangat menarik untuk saya kongsikan bersama. Manusia adalah buku pengalaman paling tebal yang kita mampu khatam. Boleh jadi dia nampak biasa2. Tapi kita tak tahu hubungannya dengan tuhan mungkin jauh lebih luar biasa. Bukankah manusia itu perlu jauh lebih 'alim' dihadapan tuhannya berbanding dihadapan manusia. 

No comments:

Post a Comment