Namun, manusia datang dengan sangka sangka dan hairan. Maka kerana itu, aku berhasrat untuk memanjangkan.
Begini, tidakku, bukan bermakna benci atau menyalahkan. Tidakku kerana tempat mana aku berdiri. Membuat manusia lain bahagia sebelumku adalah prinsip ku. Prinsip yang tak mampu aku ubah, walau seribu kali cuba. Itu prinsip azali. Biarlah manusia lain bahagia. Kerana aku bahagia atas kebahagiaan org lain. Makanya, tidak ku kerana aku berdiri diatas kebahagiaan manusia lain. Mungkin kau sepatutnya perasan bila aku katakan, aku mahu hidup dalam lapangan lain. Tempat mana yg tiada siapa yang mengenaliku. Perasankah? Keputusanku bakal mengheret sama bahagia susah pening ramai manusia. Aku tahu.. Perkara ini terlalu suci untukku bermain dengan perasaan, tapi apalah dayaku. Seumur hidupku bakal meninggalkan kesan pada mereka.
Tidakku kerana bukan masanya. Istikharahku belum berbunyi. Sudah cukup penghijrahanku setiap kali kerana manusia. Dan aku terseksa setiap kali. Aku mengaku, besar dari keputusan ini, bukanlah kerana Allah. Sebaliknya kerana sayang pada makhluknya. Atau aku sendiri yang kurang pasti. Biarlah sekiranya aku pergi kepadamu, perjalanan ku itu kerana Allah semata. Jadi aku rasa buat masa ini, tinggalkan aku dijalan ini. Biarlah aku memcuba membina diri di tempat ini. Aku mahu membesar izaah dengan agamaku, bukan kerana mana2 makhluk. Seperti mana selalunya.
Sekiranyapun keputusankuini salah, minta didoakan agar aku bertemu kebahagiaanku di jalan yang sepatutnya. Doakanku agar terus dibimbing rapat oleh Allah s.w.t.
Sungguh, niatku hanyalah mahu berkumpul bersamamu di syurga Allah. Tidak lebih dari itu. Aku hanya mahu berhimpun dan bertemu dengan rabb ku dalam keadaan maha sempurna. Apapun jalannya... Semoga Allah tunjukkan.
Ya Allah, aku hanya mahu bertemu denganmu dalam keadaan kau redha denganku. Maka tunjukkan jalannya buatku. Aku sudah tidak punya kemampuan.. Aku redha dengan apa yang di hadapan. Tarbiyahlah aku sesuka hatimu...
No comments:
Post a Comment