Monday 31 December 2012

kenapa saya disini?

salam,
just got back from jalanjalan.
horsie


 JUMS was my first destination. edin. i dont know what happened to me. but that definitely will be a lesson to me. when you go to some places or approaching people, go all heartedly. if not you'll get nothing. just because im reluctant so i ended up a bit late to catch up all the issues. but Subhanallah...all of the rest was brilliant.

bila mana kita decide untuk ikut sesuatu atau menjadi ahli kepada sesuatu, fahami gerak kerja mereka dan tetapkan apa yang kita mahu capai. ramai btanye kenapa saya disini sedangkan the rest semua di tempat lain?

pertama,
saya pun tak sedar. saya kesini disebabkan besarnye sifat malas dan pentingkan diri sendiri saya. saya tidak mencari. jadi saya hanya bertemu dengan yang ini. kebetulan kumpulan yang lagi satu saya tak berapa aktif, makanya saya disini. but i grew the understanding along the way.

kedua,
saya sedar bilangan kami sedikit, saya sedar besarnye potensi saya untuk dijemput bekerja sebab mereka tidak ramai. Subhanallah, ini memang berlaku. bayangkan dalam kapasiti kami yang hanya kurang 5 orang sewaktu kolej benar2 memaksa saya untuk bekerja. ikhlasnya saya bukan sebaik pakaian saya. tapi saya akan cari dimana ada peluang itu. saya belajar banyak sangat tentang adab berjemaah. cara berjemaah. semuda usia itu saya ditugaskan untuk sesuatu yang besar. saya diajak dalam perbincangan yang besar-besar. saya berpeluang bertemu dengan insan-insan hebat. saya yakin, saya hanya dipilih ketika itu kerana bilangan kami kecil. sekiranya tidak, dengan segala kemalasan dan sifat  saya, percayalah saya memang tidak layak..Allahuakbar!

ketiga,
ukhuwah. saya sayang ahli keluarga baru saya. keluarga kami kecil. itu yang membuatkan saya hampir mengenali semua orang. dari ketua wanita hinggalah ke sekecil2 nazim. heee.. setakat ini saya selesa berukhwah bersama mereka.

keempat,
saya sangat menghormati kakak usrah saya. kata-katanya mudah masuk dengan saya. saya punye ego sangaaat tinggi. sukar untuk dengar kepada sebarang orang. hairan, kata-katanya begitu senang mendidik. mungkin kerana saya meletakkan hormat yang tinggi padanya. dan dia selayaknya dihormati dan dikagumi amalnya. kata-kataya bukan sekadar angin dan bayang2. saya suka bila dia kurang bercakap mengenai hal hati dan perasaan. kata-katanya terselit banyak gerak kerja dan amal. bukan sekadar 'rasa'.saya nak jadi lebih hebat dari dia!

kelima,
stratergi. saya berkenan dengan stratergi kumpulan saya. kami menyedari masalah umat dan cuba keluar dengan solusi. solusi kami dinamik. menyedari besarnya kepentingan melayu pada kadar ini, maka kami keluar dengan sebuah slogan.saya akui terlalu awal untuk saya bercakap soal ini kerana ceteknya ilmu, namun saya sedang membina kefahaman mengenainya. sehingga kini saya tidak nampak celanya. sekurang-kurangnya pemikiran mereka spesifik.

saya tidak merendahkan kumpulan lain. saya pernah berada dalam beberapa kumpulan berbeza. selagi mana kita sunni, saya rasakan kesemuanya berfungsi, tiada celanya untuk terus bekerja. dengan kapasiti kita yang sedikit, mana mungkin kita rangkul semua manusia. cerilah erti dalam bekerja. bukan sekadar perjumpaan setiap minggu.

cuma saya masih hairan mengapa perlu kita mencela satu sama lain. apa silapnya?

tak mampu selamanya bersendirian. 




No comments:

Post a Comment