Monday, 11 July 2011

sebuah jiwa bernama hamba

setiap hari kita berjalan dan terus berjalan dan jarang sekali mengerling mencari haluan baru kerana terfikir sentiasa kita berada pada landasan terbaik.
hingga ke suatu hari baru kite sedar perjalanan tanpa peta pasti ini tenyata sesat dan menyesatkan
mungkin kah kerana itu,,
kite sentiasa gelisah
sentiasa rasa bersalah
sentiasa rasa kehidupan tak ubah dinginnya bak desa salju

subhanallah,
fizikal asal pun sudah lama memberitahu hidup kita sudah lama tersasar
namun masih lagi kita berkira-kira.mengapa? tak yakinkah kita? masih kurangkah bukti dari NYA?

kita berjalan lagi
ketemu kepada 4 simpang
nama kita tertera pada yang ketiga
aduh...
itulah jalan yang dilaknati Allah
Astagfirullah
kita ambil kain keinsafan dan padamkan dengan air taubat
masihkah mampu kita menukar haluan. kepada yang ke-empat yang terbaik
atau air taubat kita tipu semata
yang membuatkan kita jatuh terperosok dalam lubang yang pertama yang maha dahsyat gelapnya

ya Allah,
sedetik pun aku tak menyesal mengenalimu
walaupun sepanjang perjalanan aku sedari betapa rendah dan hina nya Aku
namun itu semua mendidikku untuk memiliki
sebuah jiwa bernama HAMBA

Alhahamdulillah...


No comments:

Post a Comment